Wednesday, 8 April 2015

Sehebat Aisyah Menjaga Aurat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Kali ni saya nak share bagaimana kehebatan Aisyah, isteri Nabi Muhammad SAW menjaga aurat beliau.

Dikisahkan sejak kewafatan suami Aisyah iaitu Nabi Muhammad SAW,
Nabi disimpan dalam rumahnya sebelah Masjid Nabawi kerana tersangat sayangkan nabi, Aisyah tinggal dan tidur di dalam makam nabi setiap masa.

Selepas itu, khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq pula meninggal dunia dan disimpan sebelah Nabi Muhammad SAW. Namun Aisyah masih lagi tinggal dan tidur dalam makam itu.

Seterusnya, Saidina Umar Al-Khatab pula meninggal dunia dan disimpan dalam ruangan makam yang sama bersama Nabi Muhammad dan Abu Bakar maka Aisyah pun sejak itu tidak lagi tinggal di makam itu.

Maka, sahabat bertanya kepada Aisyah..

"Kenapa kamu Aisyah tidak lagi tinggal dan tidur di makam itu selepas Umar Al-Khatab juga disimpan di situ ?"

(Hahh.. nie highlight nya ye!)hihi
Jawab Aisyah...

Ketika Nabi Muhammad dimakamkan aku tinggal di sana kerana dia suami ku, Abu Bakar pula kerana dia ialah ayahku, maka aku bebas untuk membuka auratku, menyikat rambut dan buat apa sahaja kerana mereka halal bagiku, namun apabila Umar Al-Khatab masuk dalam makan itu (walaupun telah mati) aku menjadi segan untuk bebas seperti biasa sebab dia tiada apa-apa perhubungan dengan aku.

Maka sejak itu Aisyah buat biliknya sebelah makam nabi. Begitu hebat Aisyah menjaga aurat, maruahnya daripada lelaki bukan muhrimnya walaupun Umar sudah tidak bernyawa.

Inilah wanita hebat -> AISYAH
Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah mengambil mudah akan AURAT, MARUAH DIRI ?? Rela berkongsi pandangan dengan ramai lelaki dengan mahrammu. Penutupan antara ipar-duai dalam rumah pun perlu di ambil berat. Jadilah seperti Aisyah. InsyaAllah.



                                                     Sumber    : Group SuteraUkhti2
                                                     Daripada : SMY :p


No comments:

Post a Comment