Thursday 9 April 2015

What's BFF?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :)

Hari ni saya nak bagi kata-kata semangat dalam erti sebenar "persahabatan". hihi(saya dah excited tau)

Kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang-kadang sahabat yang memohon maaf dahulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Kadang-kadang yang sukarela membantu kita bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Kadang-kadang sahabat yang suka sangat SMS atau WATSAPP awak, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada awak.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang pernah kita kongsikan bersama sahabat.

Jangan cepat buruk sangka tau dengan sahabat kita, cuba kita kaji-kaji dulu agar dapat mengelakkan perselisihan faham gitu.hih
(banyak pula kadang-kadang nyer kan)hihi..

Terima-kasih sangat-sangat kepada yang sudi membaca.


                       


                                                              Sumber   : Jom_dakwah
                                                              Daripada : SMY :p

No comments:

Post a Comment