Friday, 1 May 2015

Tarbiah 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

بسم اللهروحمنهيروحيم

Saya cuma nak share sedikit tarbiah kepada muslimin dan muslimah di luar sana. Harap korang dapat manfaat yang saya sampaikan ان شاءالله   :) 

1) Seorang lelaki, pakai jubah, kopiah dan serban. Akan tetapi hisap rokok belakang masjid. Kantoi dengan dengan orang kampung, kena ejek. Esoknya lelaki tersebut terus tak pakai jubah, kopiah dan serban bahkan tak datang ke masjid lagi TAPI masih hisap rokok. Alasannya dia adalah fitnah pada agama sebab merokok.

~ Ini adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Yang sepatutnya dia tinggalkan ialah ROKOK bukannya tinggalkan jubah, kopiah, serban atau masjid.

2) Seorang perempuan, berjubah, berniqab. Suka berselfie gitu, tayang body pada ajnabi di laman sosial, dipuja dipuji para lelaki sampai ada yang komen berahi. Komen-komen islamik memang tak ketinggalan. Kemudian ada ustaz menegur, perempuan tu terasa, esoknya dia pakai tudung pendek, niqab dibuang, pakai baju adik da (baju dia eth kemana). Bila orang tanya kenapa dah tak pakai niqab dan tudung labuh, katanya dia tak mahu jadi fitnah pada agama sebab suka menggedik.

~ Ini adalah satu lagi kebodohan dan penipuan syaitan. Yang sepatutnya dia tinggalkan adalah KEGEDIKAN, bukannya tinggalkan jubah,niqab dan tudung labuh.

~ Inilah hakikat manusia zaman sekarang, bila ditegur, mereka bukan jadi baik, tapi mereka pertahankan yang jahat, dan tinggalkan yang baik.

~ Yang menegur pun kekadang sama je, bila menegur bukan untuk kebaikan, bukan untuk keredhaan الله سبحان وتعالى , tapi untuk lepaskan nafsu semata-mata sebab nampak keburukan orang lain. Mereka menegur dengan cara "buang kebaikan, dan kembali menjadi jahat"

Contoh 1 : " Kalau nak merokok tu buang dulu kopiah " = Kesalahan dalam menegur. Sepatutnya dia suruh buang rokok bukan kopiah. 

Contoh 2 : Kaum hijabista meleleh berkomen jiwang islamik di laman sosial dengan ajnabi. " Kalau nak berzina hati atau nak berjiwang-jiwang depan ajnabi, buang dulu niqab nya " = Kesalahan dalam menegur. Penegur dan ditegur, kedua-duanya bodoh dan telah tewas dengan syaitan.

->  Jadi, mari kita jadi pandai dan keluar dari kebodohan. Kepada  penegur, kita mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kejahatan, bukannya ajak buat jahat dan cegah  dari kebaikan. (kan nanty tambah confuse awak-awak semua)

->  Yang ditegur pula, perlu muhasabah diri dan berubah kepada lebih baik bukannya berubah kepada bertambah jahat, sebab Allah da bagitau dalam Al-Quran yang mafhumnya peringatan itu baik dan bermanfaat untuk orang mukmin.

->  Jadi, kalau peringatan yang baik itu tak beri manfaat pada diri korang, bermakna korang belum lagi jadi mukmin sebenar-benar mukmin, Dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan   اسلام .

->  Kebodohan dan kejahilan itu berbeza. Jahil itu tiada ilmu, manakala bodoh itu lemah akal. Contoh di atas bukan untuk orang yang jahil tapi untuk orang yang bodoh. Semua orang pun ada ilmu sekurang-kurangnya asas untuk tahu mana baik dan mana buruk, hanya kebodohan sahaja yang membezakann kita sama ada untuk guna ilmu itu sebaiknya atau sebaliknya.

~  والله عالم 

*Maaf jika terdapat kesalahan atau menguris hati anda. :)
*Tarbiah sentap.
*Boleh komen tuk sebarang soalan atau pendapat. :)


Terima-kasih atas kesudian anda untuk membaca dan melawat blog saya.
Thanks for visit and read my blog. I really appreciate it. :)




                                                 Sumber   : Group SuteraUkhti 2 ( edited )
                                                 Daripada : SMY :p 





Thursday, 9 April 2015

What's BFF?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :)

Hari ni saya nak bagi kata-kata semangat dalam erti sebenar "persahabatan". hihi(saya dah excited tau)

Kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang-kadang sahabat yang memohon maaf dahulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Kadang-kadang yang sukarela membantu kita bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Kadang-kadang sahabat yang suka sangat SMS atau WATSAPP awak, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada awak.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang pernah kita kongsikan bersama sahabat.

Jangan cepat buruk sangka tau dengan sahabat kita, cuba kita kaji-kaji dulu agar dapat mengelakkan perselisihan faham gitu.hih
(banyak pula kadang-kadang nyer kan)hihi..

Terima-kasih sangat-sangat kepada yang sudi membaca.


                       


                                                              Sumber   : Jom_dakwah
                                                              Daripada : SMY :p

Wednesday, 8 April 2015

A good things never die


Finding peace?
So, don't waste your time and try to do it!!
(my book's cover) hihi

Sehebat Aisyah Menjaga Aurat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Kali ni saya nak share bagaimana kehebatan Aisyah, isteri Nabi Muhammad SAW menjaga aurat beliau.

Dikisahkan sejak kewafatan suami Aisyah iaitu Nabi Muhammad SAW,
Nabi disimpan dalam rumahnya sebelah Masjid Nabawi kerana tersangat sayangkan nabi, Aisyah tinggal dan tidur di dalam makam nabi setiap masa.

Selepas itu, khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq pula meninggal dunia dan disimpan sebelah Nabi Muhammad SAW. Namun Aisyah masih lagi tinggal dan tidur dalam makam itu.

Seterusnya, Saidina Umar Al-Khatab pula meninggal dunia dan disimpan dalam ruangan makam yang sama bersama Nabi Muhammad dan Abu Bakar maka Aisyah pun sejak itu tidak lagi tinggal di makam itu.

Maka, sahabat bertanya kepada Aisyah..

"Kenapa kamu Aisyah tidak lagi tinggal dan tidur di makam itu selepas Umar Al-Khatab juga disimpan di situ ?"

(Hahh.. nie highlight nya ye!)hihi
Jawab Aisyah...

Ketika Nabi Muhammad dimakamkan aku tinggal di sana kerana dia suami ku, Abu Bakar pula kerana dia ialah ayahku, maka aku bebas untuk membuka auratku, menyikat rambut dan buat apa sahaja kerana mereka halal bagiku, namun apabila Umar Al-Khatab masuk dalam makan itu (walaupun telah mati) aku menjadi segan untuk bebas seperti biasa sebab dia tiada apa-apa perhubungan dengan aku.

Maka sejak itu Aisyah buat biliknya sebelah makam nabi. Begitu hebat Aisyah menjaga aurat, maruahnya daripada lelaki bukan muhrimnya walaupun Umar sudah tidak bernyawa.

Inilah wanita hebat -> AISYAH
Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah mengambil mudah akan AURAT, MARUAH DIRI ?? Rela berkongsi pandangan dengan ramai lelaki dengan mahrammu. Penutupan antara ipar-duai dalam rumah pun perlu di ambil berat. Jadilah seperti Aisyah. InsyaAllah.



                                                     Sumber    : Group SuteraUkhti2
                                                     Daripada : SMY :p


Wednesday, 1 April 2015

Nasihat Untuk Semua



 


                                                             Sumber    : Group SuteraUkhti2
                                                             Daripada : SMY :p

Wednesday, 11 February 2015

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Saya Shakinah binti Mohd Yatim, berasal dari Sandakan Sabah. Welcome to my blog and I hope everyone enjoy it. And thanks for your support. Love u guys.. <3
IG-> (nora_m.y)