بسم اللهروحمنهيروحيم
Saya cuma nak share sedikit tarbiah kepada muslimin dan muslimah di luar sana. Harap korang dapat manfaat yang saya sampaikan ان شاءالله :)
1) Seorang lelaki, pakai jubah, kopiah dan serban. Akan tetapi hisap rokok belakang masjid. Kantoi dengan dengan orang kampung, kena ejek. Esoknya lelaki tersebut terus tak pakai jubah, kopiah dan serban bahkan tak datang ke masjid lagi TAPI masih hisap rokok. Alasannya dia adalah fitnah pada agama sebab merokok.
~ Ini adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Yang sepatutnya dia tinggalkan ialah ROKOK bukannya tinggalkan jubah, kopiah, serban atau masjid.
2) Seorang perempuan, berjubah, berniqab. Suka berselfie gitu, tayang body pada ajnabi di laman sosial, dipuja dipuji para lelaki sampai ada yang komen berahi. Komen-komen islamik memang tak ketinggalan. Kemudian ada ustaz menegur, perempuan tu terasa, esoknya dia pakai tudung pendek, niqab dibuang, pakai baju adik da (baju dia eth kemana). Bila orang tanya kenapa dah tak pakai niqab dan tudung labuh, katanya dia tak mahu jadi fitnah pada agama sebab suka menggedik.
~ Ini adalah satu lagi kebodohan dan penipuan syaitan. Yang sepatutnya dia tinggalkan adalah KEGEDIKAN, bukannya tinggalkan jubah,niqab dan tudung labuh.
~ Inilah hakikat manusia zaman sekarang, bila ditegur, mereka bukan jadi baik, tapi mereka pertahankan yang jahat, dan tinggalkan yang baik.
~ Yang menegur pun kekadang sama je, bila menegur bukan untuk kebaikan, bukan untuk keredhaan الله سبحان وتعالى , tapi untuk lepaskan nafsu semata-mata sebab nampak keburukan orang lain. Mereka menegur dengan cara "buang kebaikan, dan kembali menjadi jahat"
Contoh 1 : " Kalau nak merokok tu buang dulu kopiah " = Kesalahan dalam menegur. Sepatutnya dia suruh buang rokok bukan kopiah.
Contoh 2 : Kaum hijabista meleleh berkomen jiwang islamik di laman sosial dengan ajnabi. " Kalau nak berzina hati atau nak berjiwang-jiwang depan ajnabi, buang dulu niqab nya " = Kesalahan dalam menegur. Penegur dan ditegur, kedua-duanya bodoh dan telah tewas dengan syaitan.
-> Jadi, mari kita jadi pandai dan keluar dari kebodohan. Kepada penegur, kita mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kejahatan, bukannya ajak buat jahat dan cegah dari kebaikan. (kan nanty tambah confuse awak-awak semua)
-> Yang ditegur pula, perlu muhasabah diri dan berubah kepada lebih baik bukannya berubah kepada bertambah jahat, sebab Allah da bagitau dalam Al-Quran yang mafhumnya peringatan itu baik dan bermanfaat untuk orang mukmin.
-> Jadi, kalau peringatan yang baik itu tak beri manfaat pada diri korang, bermakna korang belum lagi jadi mukmin sebenar-benar mukmin, Dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan اسلام .
-> Kebodohan dan kejahilan itu berbeza. Jahil itu tiada ilmu, manakala bodoh itu lemah akal. Contoh di atas bukan untuk orang yang jahil tapi untuk orang yang bodoh. Semua orang pun ada ilmu sekurang-kurangnya asas untuk tahu mana baik dan mana buruk, hanya kebodohan sahaja yang membezakann kita sama ada untuk guna ilmu itu sebaiknya atau sebaliknya.
~ والله عالم
*Maaf jika terdapat kesalahan atau menguris hati anda. :)
*Tarbiah sentap.
*Boleh komen tuk sebarang soalan atau pendapat. :)
Terima-kasih atas kesudian anda untuk membaca dan melawat blog saya.
Thanks for visit and read my blog. I really appreciate it. :)
Thanks for visit and read my blog. I really appreciate it. :)
Sumber : Group SuteraUkhti 2 ( edited )
Daripada : SMY :p